Song

Sunday 8 December 2013

I hate GHOST!

I hate ghost! I hate ghost! I hate ghost! I hate that scary story!!!!!

Hisy, geram betul aku dengan kawan sekerja aku semua ni!


Aku sepatutnya pukul 8malam tadi sudah balik, mungkin sekitar pukul 8.45pm begitu mungkin sudah sampai rumah. Tapi, masa otw nak balik tadi, makcik yang duduk sebelah aku Kak Sari atau lebih dikenali dengan panggilan Umi Sari cerita pasal "hantu" Kejadian semasa dia jaga mayat. Hisy! Masa diaorang sudah start rancak bercerita tu cepat-cepat aku cari earphone aku. Memang selalu aku guna earphone untuk dengar lagu. Tapi kali ni, aku guna earphone tu sebagai penyelamat aku agar tidak mendengar sepatah cerita dari diorang, kawan yang lain mula lah menokok tambah cerita sebab diorang semua tahu aku alah dengan cerita begitu. Masa aku sudah sengsara mencari earphone dalam bag laptop aku, sempatlah juga telinga aku tertangkap cerita-cerita diorang. Hisy, Seram!


Sudah aku pasang earphone, boleh pula Umi Sari siku aku kalau aku dengar tak cerita dia. Aku terpaksa lah buka balik earphone aku, sebab aku tak dengar pertanyaan Umi. Umi pun kembalilah bercerita lagi dengan kisah-kisahnya. Aku tabahkan hati, sebab aku tahu malam ni mungkin takpa lah aku korbankan jiwa mendengar cerita Umi, takut terkecil  hati pula Umi nanti, lagi pula malam ni aku tak sendiri, Hehe Sis and bro ada! HAHA


Tapi langit tidak selalu cerah, Sis Betty hantar pesanan ringkas, "May, nanti tolong buang sampah k, sis and bro keluar jap. Jangan lupa dinner, lauk dalam periuk" Punyalah!!!! That means aku sendirilah sampai tengah malam nanti? Sebab kalau kes macamni, confirmlah diorang sis pergi dating. :(


Mahu tak mahu, aku rasa daripada aku duduk dirumah sendiri menanti love birds tu balik, baik aku join Chief Umar dan Chief Kar Khian pergi shopping, bolehlah aku singgah kedai buku beli novel baru. *winkwink* Cantik idea. So, lepas hantar semua staff Taste Two yang kaki buli semua, me and Adzwan (driver) terus pecut pergi jemput Chief di hostel. Yeah! Yeah! Problem solved!


Haiy, malang tidak berbau! Tak pasti sesuai kah peribahasa ini untuk orang malang macam aku. Chief and the gangs tak jadi shopping!!!!! Sedihnya aku. :'( sob! sob! Nak balik ? Kamu rasa? NO WAY! NOT IN A WAY!


Aku pun terpaksa bersetuju dengan cadangan si Adzwan, baiklah U-Turn balik pergi tempat kerja. :"(Balik semula ke Taste Two itu. Tempat yang aku dah dekat 10jam tadi kerja menghadap semua staff, semua paperwork aku tadi. Ya, balik ke situ. :"( 


Of course, diorang semua terkejut beruk aku muncul balik! Ya, beruk. Tapi jangan risau hang semua tetap comel. Ikhlas ni. Aku sayang kamu semua. Tapi, semuanya gelak besar-besar lepas dengar cerita menghayat hati aku tadi. I guess itulah sahabat sejati kan? Aku pun, hantar pesanan ringkas dengan Sis Betty "Sis, I'll be home late, got to OT tonite" Yep. Tipu sunat or white lies. Tak sanggup aku bagitahu ketakutan aku. Tak pasal-pasal diorang ketawakan aku pula. 


Sudah cukup, cukup sudah :"(


Saja, isi masa sebelum balik. 


xxx
mayyie

No comments:

Post a Comment