Song

Sunday 12 January 2014

Ketuk ketampi ?!

Tergelak sendiri, teringat peristiwa sewaktu di bangku sekolah.

Masa tu saya tengah belajar di SMK Datuk Panglima Abdullah, dah tingkatan dah pun masa tu! Tingkatan 1. Aku duduk di kelas pertama, classroom pun air-cond! Walah! HAHA. 

I guess untuk sesi terakhir kot, sekitar pukul 4.30 petang begitu, kami ada kelas Pendidikan Jasmani, kebiasaanya untuk kelas PJK ni Cikgu Sudirman jarang bawa kami bersukan dulu, dia biasa bagi nota dulu dalam kelas, lepas tu baru dia bawa kami exercise sikit. Tapi hari tu lain sikit, Cikgu Sudirman bagi arahan untuk aku inform kawan-kawan sekelas aku supaya terus berkumpul di padang lengkap dengan seragam sukan (maklumlah time tu aku menjawat jawatan sebagai Ketua Kelas! ehem-ehem!) Aku pun pergilah inform kawan-kawan aku, tapi diorang ni nama jak aku Ketua Kelas satu arahan aku pun tak mahu dengar. Akhirnya kami lewat sampai pergi padang!

Cikgu Sudirman pun sudah panas punggung tunggu kami di gelanggang bola tampar. Aku memang gentar sikit sudah time tu. Risau Cikgu marah aku. Nah, memang betul pun tekaan aku, orang pertama kena das tembakan dari mulut Cikgu, akulah! Habis aku kena menjawab leterannya, dia kata ketua kelas kena tegas, kena ni kena tu! Lepas tu, dia kata sebelum denda orang lain, kena denda ketuanya dulu! Haiyh, apalah nasib aku jadi Ketua. Habis aku juga kena tomahannya.

So, denda yang aku dikenakan? Cikgu nak aku Ketuk Ketampi! Ketuk Ketambi 10 kali!

Actually, sahabat-sahabat sekalian (suara dah berketar) Aku sebenarnya tak tahu apa itu KETUK KETAMPI! SUMPAH TAK TAHU!

Cikgu tu jerit lagi nama aku, sambil dia tunjuk atas simen (Tempat pembuangan najis, yang atas dia disemen tu,) "May! Cepat ke sini (tunjuk arah simen tu lagi) buat ketuk ketampi 10 kali! Cepat!" Aku dalam kepala otak memang macam orang tengah buka kamus nak cari maksud ketuk ketampi tu apa! Lepas tu aku buat andaian sendiri, mungkin ketuk ketambi ni bahasa P-Ramlee dulu-dulu kot? And aku perhatikan Cikgu tu asyik tunjuk jari dia ke arah simen tu. So aku pun senyum! Ya! KETUK SIMEN tu!!! aku fikirkan ketampi adalah bahasa dulu-dulu yang bermaksud simen! HAHAHA

Dalam hati aku, baiknya Cikgu suruh aku ketuk simen ni 10 kali jak, takdalah penat. Yang ni 50 kali, 100 kali, 200 kali pun sanggup! Senang je, ketuk jak simen tu 10 kali! HAHAHHAHA

Aku pun duduk la, lepas tu aku genggam jari dan KETUK simen tu sambil jerit satu, dua , tiga , emp. . . . ! Cikgu Sudirman sudah jerit nama aku! Marahnya Cikgu, dia ingat aku perbodohkan dia, habis aku kena lari padang 30 kali kawan! Sedihnya! Masa tu aku tak faham lagi. Kawan aku bukan main sampai mau tergolek ke padang ketawakan aku yang tidak tahu apa tu Ketuk Ketampi! -,-

Lepas habis "joging" keliling padang tu, baru aku tanya dan jelaskan kepada Cikgu apa yang aku faham tentang ketuk ketampi tu. Kali ni giliran Cikgu Sudirman pulak ketawa terkekek! Malunya. Lepas Cikgu jelaskan maksud aku lagi teruk menahan malu. Sudah penat, malu lagi! Haiyh badan, haiyh nasib!

Perkara ni berlarutan sampai dekat seminggu. Cikgu Sudirman ceritakan dengan cikgu-cikgu lain di bilik guru. Habis aku diketawakan! -,- Sesuailah pepatah Melayu, Malu bertanya sesat jalan!



Gambar sekadar hiasan *peace*


 ini barulah KETUK KETAMPI!


-,-

xxx
mayyie

No comments:

Post a Comment